22 June 2007

Assalmy’km kucing helper di sebelah..
Lame benar dah x type kat ruangan ni..
Busy2..tu alasan lama!

Alhamdulillah, dah 3 exam paper habis..ader lagi 3..gambate
Di saat2 nk amik final sem ni, Allah telah banyak mengingatkan diriku untuk sentiasa mengingatiNya..

1. Tiket flight prob
2. Assignment non-stop until the week of swot-vac b4 finals..
3. Kehilangan basikal
4. Finals straight in a row..3 papers..yg tahap max tough.

Namun, bila memikirkan smua tu, diriku bersyukur kerana, antara byk2 insan di luar sana, Allah memilih untuk menguji ku..Adakah aku telah berjaya menjalani ujianNya..
Air mata mengalir tatkala kehilangan basikal, bukan kerana sedih basikal hilang, tetapi terharu terhadap ni’mat Allah.. Dia memilih untuk menguji ku, sedangkan basikal org lain pn ader probability kena curik sebab same2 kt luar..
N, di saan itu, ketenangan dalam hati diberi..org yg melihat diriku fikir aku sedih kerana kehilangan basikal..tetapi pada hakikatnya, diriku risau, adakah aku kan berjaya dalam ujiannya yg berterusan itu..

Tidak dinafikan, kesibukan 3papers in a row exam, aku dalam sedar x sedar telah abaikan tanggungjwb sebagai hambaNya, dan kepada makhluk2 hambaNya, yakni mereka yg berada di sekitar ku..
Jarang aku bersendirian denganNya kecuali di puncak malam..di mana kebanyakkan insan sudah lena dengan izinNya..
Namun, apakah cukup masa aku peruntukkan untukNya..
Dan paling terharu, apabila Dia memulangkan basikal ku..kini berada dlm bilik..menggantikan tempt ku sementara waktu..
Terima kasih Ya Allah..Syukurku kepadaMu tidak terhingga..
Dan senyuman yang menghiasi wajah, di salah erti kerann lega 3 paper dh hbs, kerana basikal diperolehi.. pada hakikatnya, gembira kerana Allah hadiahkan kepadaku nikmatNya tatkala hati bergolak, memikirkan paper exam keesokkan hari yg x habis study lagi.
Di saat itu, aku ketahui, Allah sentiasa bersamaku, mendengar kata hatiku, rintihan hati, pergolakkan jiwa..
Ya Allah, maafkan hambaMu ini, kerana tidak commitment terhdapMu pada hari ini..
Kan ku berusaha untuk peroleh redhaMu..Buka kanlah pintu rahmat Mu untuk ku..
Ya Allah,biarpun ku selalu meminta kepadaMu pelbagai macam ni’mat Mud an memberi padaMu milikMu sedikit, ku harap engkau tetapkan mendengar hajatku..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Bantulah rakan-rakan saudaraku dan aku dalam peperiksaan finals ini. Berikanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat.. Tidakkan kami jadikan alasan memikul beban da’wah mu untuk tidak berjaya dalam urusan dunia milikMu.. Inilah wasilah utama kami untuk menegakkan kebenaran agamaMu. Bantulah kami Ya Allah.. Apapun, hanya Engkau ketahui apa yg terbaik buat diri kami. Redha milikMu yang kami cari dan ingini..
Perkenankanlah permintaan ku ini Ya Ilahi..Ya Rab, Ya Alamin..

No comments: