29 July 2007

QC today

time qc dpt byk benda baru
1. How to really read the quran dengan kalimah yg betul.. Selama ini telah disedari, sy memang x reti nk tau panjang pendek, dengung atau tidak dll.
Sebab slama ni, klu bacer, based on huruf n baris je..tu pn, alhamdulillah mak gi hantar kelas ngaji 2-3 tahun, tapi ustazah tu x der la pulak ajar mad2 semua tu. Pastu org len masuk sek agama lepas habis sek harian. diri ini pulak, duk rumah tution akademik jer. Bila masuk kelas agama kat sekolah harian, asyik blur jer..time exam, jarang skali nk dpt betul bab2 hukum2 tajwid, smpi SPM pun..
skarang, bila bacer buku yg ajar tajwid. hm..bacer faham ler, tp nk aplikasikan camne.. Dia kater dengung, smbungkan huruf di depan ..etc..dengung cmne..Pastu ader prob, susah nk hafal huruf2 yang kena dengung n x..tengah bacer, cmne nk detect n bacer skali..kagum skali tengok smua lancar bacer tanpa kesalahan..
Malu rasenya diri ni..
Hari-hari praktis. Ada kalanya,bace ,boleh la..tp ader kalanya, salah bace setiap 'perkataan'..
Huhu, cmne nk jadi seorang dai'e yang ingin membawa isi al-quran kepada msyrkt, klu bila sendiri nk present ayat quran tu pun bacer x betul..
AZAM baru- non-stop listening to the recitation of Quran dan bacer sendiri byk2..review balik

2. Ader ukti, dh hafal surah as-saff.diriku belum.. malah, klu nk compare dengan banyak orang, diriku sudah jauh ketinggalan. Byk lagi surah juzu amma x hafal lagi..apatah lg surah len..cedey2..
AZAM kedua- hafal surah juzu amma semua dan mendalami maknanya


3. Jangan bila kita ckp , tegur kat org len, kita pn wat benda yg kita tegur tu..
Diriku selalu mcm tu..Ckp je kat org, sendiri lupa.

4. Tauhid adalah pohon yang paling penting dalam keimanan. Sebab ia adalah asan dan pegangan bagi seorang mukmin dalam hidup. Sebab itu, Al-Quran itu ibarat menanam pohon tauhid..

5. DIberi tugas baru, tak excited, tp cuak..ingatkan dapat arkib, sebab itu yang syazwani ckp awal2 dulu..tetiba dapt spibar..bukan nk jawatan arkib tu pn..sebab semua tugasan itu amanah, tanggungjawab. Sekali langgar amanah, terbukalah pintu neraka menyambar kita..Naudzubillah min zalik..
Ya Allah, tetapkan hati hambaMu ini, agar tidak terlalai dengan amal Jam'ie, tidak taksub dengan kuasa yang diberi, tidak mengorbankan masa untuk jahiliyah yang nyata dan tersembunyi..
RedhaMu ku pinta Ya Rabb..
Ambillah daku tika daku di dalam redhaMu..

22 July 2007

Sains dan Teknologi
Semuanya jadi buruan pemuda pemudi
Arus dunia bergerak pantas tanpa henti
Pabila terjaga sudah mara kehadapan lagi

Memang tidak dinafikan, arus perkembangan sains dan teknologi ini sememangnya bagus, dan di sarankan di dalam islam.
Mengurus bumi ini untuk memudahkan kehidupan seharian seluruh alam.
Jesteru itu, adakah perlu kita memfokuskan 100 peratus kehidupan kita di dunia ini semata-mata untuk mengejar dunia sains dunia teknologi?
Tidak perlu la kita beribadat kepadaNya kerana tugas mengurus bumi ini jelas tertulis dalam Al-Quran
Bengong mu ni, beribadat kepada Allah pun telah diperintahkan di dalam Al-Quran. Bukan sekali dua, malah berulang-ulang kali.
Janganlah engkau guna alasan untuk mencapai ‘ilmu’ ke liang lahad sebagai hujah2mu untuk tidak beribadat, mengabdikan diri pada Penciptamu Yang Maha Agung.
Takkan hendak kamu tunduk pada dunia angan-angan manusia.
Tidak sempurna dunia jika berdasarkan fikiran manusia. Seharusnya kamu tunduk pada Yang Esa
Bila tiba pengkahiran dunia nanti, sains, teknologi semua tidak membawa apa-apa erti. Kan di hancur, di musnah kesemuanya. Yang kan engkau bawa bukanlah sijil-sijil ijazah kejayaan mu, tetapi amalan mu ketika di dunia ini.
Engkau kan fikir, kolot lah aku kalau beribadat sahaja. Duduk diam-diam kat masjid. Bertasbih, bertafakur. Jadi tok siak gitu.
Hah, itulah kamu, pelajari islam biarlah dengan sepenuhnya.
Ibadat tidak terbatas kepada solat,puasa,zakat,baca quran..etc..sahaja
Engkau makan,minum,tidur,masak,ke kelas, berziarah dll.. semuanya itu boleh kan kau dapat imbalan ganjaran pahala, jika engkau niatkan semuanya kerana Allah semata-mata, dan menggunakan tetapan syarak sebagai garis panduan. Yang penting, laksanakan ibadat wajib mu dengan kyusuk dan penuh keikhalasan terlebih dahulu. Jangan pula yang wajib engaku biarkan, yang sunat engkau lebih-lebihkan..
Ajaran sesat mana pula yang kau ikut tu.. Yang pasti, bukan yang diajarkan oleh Rasulullah..
Hm, bila diri sendiri sudah kembali kepada fitrah sebenar, takkan engkau nak berdiam diri sahaja apabila melihat kemungkaran berlaku di depan mata.
Di manakah amalan AMAR MA”RUF NAHI MUNGKAR mu. Kata sudah beramal dengan islam sebenarnya. Sudah tiba masanya anda bertindak, bergerak mengajak pula mereka supaya kembali ke dunia yang sebenar

18 July 2007

kesabaran buat diriku

Hari ini aku sedar
hidup perlu banyak bersabar,
dalam study lain, dalam kekeluargaan lain, dalam persahabatan lain..
aku perlu banyak berusaha menerima pandangan orang lain.
Maafkanlah aku wahai mereka yang mengaku berukhwahfillah dengan ku
Aku telah banyak membuat anda semua dirasa diuji, terseksa..
im really2 sorry..

15 July 2007

aku tekad nk bangun qiam
tapi, bila dah bunyi alarm, punya lah liat nk bangun..
astaghrifurullah..ape nk jadi ni..
adakah Allah dah tarik balik ni'mat bgn qiyam tu..
Ya Allah..berikanlah aku kembali ni'mat yg telah engkau berikan dulu..Maafkan aku sebab x menghargai ni'matMu dulu..
Aku juga ingin puasa esok..beberapa kali niat nk pose. last2 x jugak..
huhu~
azam perlu, niat perlu..semangat perlu .. mujahadah diri!!!

14 July 2007

penat tp worth it

hari ni penat
tapi semalam lg penat meskipun hanya mkn tdo kat rumah
alhamdulillah, Allah gerakkan hatiku untuk menghadiri islamic conference kat unimelb wlpn agak terlewat..
syukur tidak terhingga.
aku dapat insight baru.. different perspektif. Selama ni dengar ceramah from orang2 sndri, i.e. melayu, tp hr ni, dpt dengar mcmane diorg tengok apa itu erti da'wah sndri..
penat dah..
x dpt nk tulih pjg..
Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih mengetahui isi hatiku dan isi penulisan ku. Rahmatilah aku dengan keredhaanMu. Berikanlah petunjuk dan pedoman kepada aku supaya aku tidak menulis yg salah..Amin..

06 July 2007



confiusionisme

kekadang ana fikir
apakah ana akan terus berada di jalan ini
menyampaikan risalah pada segenap insani
skarang pn ana rasa tahap iman ana rendah sekali
walaupun ana sedar akan hakikat itu, dan ana tekad dlm hati nak berubah
tapi x terbuat juga
apakah ini tanda kelalaian ana
'Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini, diriku semakin hari semakin jauh dariMu
Janganlah engkau palingkan hatiku setelah engkau beri hidayah petunjukmu kepada ku dulu..Diriku tidak mahu terjerumus ke lembah kehinaan, dalam kesesatan..'
Ana ada banyak conflict dalaman. Nak x nak, ana kena hadapi conflict dalaman ini, berjihad dengan diri sendiri.
Banyak terjadi dalam minggu peperiksaan, namun lagi banyak bila start cuti dan tidak ada program pada masa tersebut seperti hari ini. Badan inginkan rehat, namun jiwa tau, rehat itu tanda kelalaian.
Bila conflict antara dua sistem berlaku, maka end resultnya ntah apa pun x tau.
Terlalu banyak yang terjadi pada diri
Ana x tahu macam mana dengan mereka yang lain yg dalam transition state ini juga, tapi ana kagum dengan mereka sebab ana lihat mereka mampu teguh, sabar, tetap dalam jalan ini sedangkan ana runsing, pening..etc biarpun sudah berada dalam 2nd year.
Ana ingin sampaikan risalah seperti yang lain, tapi ana tahu kapisiti ana tidak mengizinkan. Apabila ana kena beri pengisian, peringatan, da'wah verbal, ana perlu laksanakan apa yang ana perkatakan. Memang tidak sukar untuk laksanakan, tapi untuk istiqamah dalam melaksanakan itu membuka medan perang pada diri. Itu sebab jikalau boleh, ana tidak mahu berada pada barisan yang da'wah secara verbal.
Tapi, itulah dinamakan da'wah..huhu~
Ana lihat mereka yang lain rapat antara satu sama lain. Bila berukhwah kerana Allah, segalanya indah. Ana sendiri sayangkan mereka semua, bahkan ada yang lebih dari adik beradik sendiri. Tapi, bagaimana perlu ana katakan..ana tidak reti hendak berkongsi masalah, pengalaman, cerita, pendapat..etc kerana ana inferior pada persepsi mereka nanti.
Ini semua base on pengalaman ana dulu lagi. Tidak seorang pn tahu complete life ana, meskipun ibu ana..kecuali Yang Esa..
Jadi, hanya kepada Dia tempat ana mencurah, merintih, mengharap..sebab ana tidak perlu ceritakan A-Z, kerana Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Skarang pn, dlm studies ana ada conflict dlm diri. Course ana ramai lelaki, bahkan rasenya ader 5-6 org ja perempuan dlm course tersebut dan mereka semua bersosial bahkan yang perempuan itu ada yang seperti anti kepada muslim, tapi ana x nak bersangka buruk dengan mereka. Course ana perlukan banyak discussion. Jika tidak, akan terkontang kanting keseorangan. Di tambah pula dengan assignment, projek, yang memerlukan kerjasama mereka yang satu course dengan ana. Nak x nak, ana terpaksa bergaul dengan mereka yang berlawanan jantina.
Dalam itu, ana tau ana perlu menjaga pergaulan.
Tetapi kekadang, ana lupa, ana terlanjur.
Ana dengan tidak sengaja bercakap berdua dengan mereka.
Biarpun di khalayak ramai, tapi itu masih dikira mendekati zina.
'Ya Allah, aku mohon keampunan mu. Jika engkau tidak mengampunkan aku, aku telah termasuk orang-orang yang rugi.'
Ana telah membawa fitnah pada agama, pada diri. Pada mereka yang memakai hijab di dunia ini.
Benda-benda kecil, mungkin pada sesetengah tidak mengapa, tapi ana tidak mahukan siksaan, walaupun sekadar percikan api neraka itu.
Mereka itu bukan muslim. Ana lebih-lebih lagi menghindarkan dari bertembung malah bersemuka dengan yang muslim lelaki.
Tetapi, mereka jadi 'confius' dengan ana. Sebab ana avoid bercakap dengan mereka yang muslim lelaki, dari tanah air sendiri, tapi kalau dengan yang bukan muslim, ana boleh buat discussion, projek sekali.
uhuhu~ benda2 ni selalu menyerang pemikiran ana.
Minggu exam hari tu, benda2 ni lebih menyerang lagi sebab banyak discussion yang dibuat. Ditambah dengan conflict dalaman yang tidak reti ana nak zahirkan macam mana.
Pada ketika itu, memang ana rasa down betul. Ana minta padaNya, tenangkanlah hati ana. Tapi, ana tau, ana perlu mencari, melihat alam ciptaanNya, kerana hati ana sentiasa rasa terhibur melihat keriangan binatang2, deruan ombak, kebiruan langit, irama daun-daun bergerak bila ditiup angin. Sentiasa mengingatkan ana, setiap masa alam sedang bertasbih memujiNya, tapi ana ni yang dikurniakan aqal, x kan tidak mampu nak mendukung tanggungjwb yang diberikanNya..

Semalam mereka ke Great Ocean Road, hati ana teringin nak pergi. Tapi ana tidak diajak. Perlu ana lebihkan tetamu dari interstate, junior2.. lain kali akan ana ikhtiarkan untuk pergi sendiri. Yang pasti, Ana perlukan alam sekarang ini. Sepatutnya ana pergi philip island hari ini. Mula-mula x diajak, tetapi satu hr tu ada yang ajak, ana gembira. Namun selang beberapa hari, ana diberitahu ana tidak perlu pergi. Semalam ana diajak pergi, tetapi pagi ini, benda yang sama berlaku lagi, ana diberitahu ana x payah pergi. Ana tidak mengerti, apa maksudnya bila dikatana ana x payah pergi. Adakah bermaksud kenderaan sudah penuh, atau ana tidak layak untuk pergi.. atau apa..memang bila ana ditanya, ana akn cakap ana x tau, sebab ana x nak org judge ana bila ana kata ana setuju atau tak.
Tetapi, bila kali pertama dikatakan ana akan pergi, kemudian direject, kemudian di ajak lagi sekali, ana direject lagi, hati ana berkecamuk..
argghhh-ini semua bisikan syaitan durjana.
Ana tidak perlukan semua ini.
Esok ana akan ke Perth, berjumpa ahli keluarga yang disayangi.
Namun, ana cuak, sebab keluarga ana tidak suka ana di jalan ini. Mereka mangsa keadaan, mangsa ghazwatul fikri-serangan ideologi.
Dulu, bila ana masih banyak dalam jahiliyah tapi sedang berusaha meninggalakannya, mereka sudah pn tentang habis2san..sekarang bagaimana.
Ana admit, biarpun mungkin jahiliyah luaran sudah mampu ana tinggalkan, namun jahiliyyah dalaman sering timbul dan tenggelam.
Biarpun bibir mengucapkan 'xpe, x kesah', namun, di hati menjawab, 'haish,....ect'.. terpaksa ana pujuk hati ana agar sejajar dengan ungkapan ana...

Ana nak kereta. Tapi itu adalah material yang bukan ana perlukan, bak kater ustaz abdul halim, kereta bagi ana tidak perlu, x ada pun x per. Itu sekadar hajat je. ana nak keter bukan sebab ana jeles tengok mereka yang berkereta. Mereka beli kereta untuk digunakan di jalan da'wah.
Ana tahu diri ana, kalau ana ada kereta, nanti mesti susah ana nak lepaskan kat orang lain. Ana boleh sumbgkan kat jalan da'wah, tapi nak biarkan kereta tu kat orang lain, tanpa ana tahu apa yang sedang berlaku pada kereta amat sukar bagi ana. Itu lah kelemahan ana.
Sekarang pn, ana sedang cuba nak baiki kelemahan diri. Ana x suka shopping. Tapi kalau ana beli barang, ana akan beli barang-barang yang ana suka tapi unnecessary bagi ana. Lepas dh beli, baru ana sedar. Kemudian ana akan cuba hadiahkan kepada orang lain. Hari tu, pergi ikea, beli cushion landak. Ana suka sebab comel. Tapi ana tau, ia akan menyebabkan hati ana terikat pada material. Jadi ana nak hadiahkan kat org lain. tetapi, blum lagi ana lakukan sebab ana lupa nk beli complete set. Ana kena pergi beli dulu isi cushion tu. Karang menyusahkan pula tuan penerima kena beli isinya sendiri.
Berbalik kepada kereta, ana nak kan kereta sebab ana nak selalu ke pantai, laut. Ana suka mengembara. Kalau boleh, hari-hari ana nk duk tepi laut. Especially kat melb ni. Cuaca yg sejuk, best skali..tapi nk buat apa kereta selain itu. Dah ada basikal cukup la..