06 July 2007

confiusionisme

kekadang ana fikir
apakah ana akan terus berada di jalan ini
menyampaikan risalah pada segenap insani
skarang pn ana rasa tahap iman ana rendah sekali
walaupun ana sedar akan hakikat itu, dan ana tekad dlm hati nak berubah
tapi x terbuat juga
apakah ini tanda kelalaian ana
'Ya Allah, tolonglah hambamu yang lemah ini, diriku semakin hari semakin jauh dariMu
Janganlah engkau palingkan hatiku setelah engkau beri hidayah petunjukmu kepada ku dulu..Diriku tidak mahu terjerumus ke lembah kehinaan, dalam kesesatan..'
Ana ada banyak conflict dalaman. Nak x nak, ana kena hadapi conflict dalaman ini, berjihad dengan diri sendiri.
Banyak terjadi dalam minggu peperiksaan, namun lagi banyak bila start cuti dan tidak ada program pada masa tersebut seperti hari ini. Badan inginkan rehat, namun jiwa tau, rehat itu tanda kelalaian.
Bila conflict antara dua sistem berlaku, maka end resultnya ntah apa pun x tau.
Terlalu banyak yang terjadi pada diri
Ana x tahu macam mana dengan mereka yang lain yg dalam transition state ini juga, tapi ana kagum dengan mereka sebab ana lihat mereka mampu teguh, sabar, tetap dalam jalan ini sedangkan ana runsing, pening..etc biarpun sudah berada dalam 2nd year.
Ana ingin sampaikan risalah seperti yang lain, tapi ana tahu kapisiti ana tidak mengizinkan. Apabila ana kena beri pengisian, peringatan, da'wah verbal, ana perlu laksanakan apa yang ana perkatakan. Memang tidak sukar untuk laksanakan, tapi untuk istiqamah dalam melaksanakan itu membuka medan perang pada diri. Itu sebab jikalau boleh, ana tidak mahu berada pada barisan yang da'wah secara verbal.
Tapi, itulah dinamakan da'wah..huhu~
Ana lihat mereka yang lain rapat antara satu sama lain. Bila berukhwah kerana Allah, segalanya indah. Ana sendiri sayangkan mereka semua, bahkan ada yang lebih dari adik beradik sendiri. Tapi, bagaimana perlu ana katakan..ana tidak reti hendak berkongsi masalah, pengalaman, cerita, pendapat..etc kerana ana inferior pada persepsi mereka nanti.
Ini semua base on pengalaman ana dulu lagi. Tidak seorang pn tahu complete life ana, meskipun ibu ana..kecuali Yang Esa..
Jadi, hanya kepada Dia tempat ana mencurah, merintih, mengharap..sebab ana tidak perlu ceritakan A-Z, kerana Dia Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Skarang pn, dlm studies ana ada conflict dlm diri. Course ana ramai lelaki, bahkan rasenya ader 5-6 org ja perempuan dlm course tersebut dan mereka semua bersosial bahkan yang perempuan itu ada yang seperti anti kepada muslim, tapi ana x nak bersangka buruk dengan mereka. Course ana perlukan banyak discussion. Jika tidak, akan terkontang kanting keseorangan. Di tambah pula dengan assignment, projek, yang memerlukan kerjasama mereka yang satu course dengan ana. Nak x nak, ana terpaksa bergaul dengan mereka yang berlawanan jantina.
Dalam itu, ana tau ana perlu menjaga pergaulan.
Tetapi kekadang, ana lupa, ana terlanjur.
Ana dengan tidak sengaja bercakap berdua dengan mereka.
Biarpun di khalayak ramai, tapi itu masih dikira mendekati zina.
'Ya Allah, aku mohon keampunan mu. Jika engkau tidak mengampunkan aku, aku telah termasuk orang-orang yang rugi.'
Ana telah membawa fitnah pada agama, pada diri. Pada mereka yang memakai hijab di dunia ini.
Benda-benda kecil, mungkin pada sesetengah tidak mengapa, tapi ana tidak mahukan siksaan, walaupun sekadar percikan api neraka itu.
Mereka itu bukan muslim. Ana lebih-lebih lagi menghindarkan dari bertembung malah bersemuka dengan yang muslim lelaki.
Tetapi, mereka jadi 'confius' dengan ana. Sebab ana avoid bercakap dengan mereka yang muslim lelaki, dari tanah air sendiri, tapi kalau dengan yang bukan muslim, ana boleh buat discussion, projek sekali.
uhuhu~ benda2 ni selalu menyerang pemikiran ana.
Minggu exam hari tu, benda2 ni lebih menyerang lagi sebab banyak discussion yang dibuat. Ditambah dengan conflict dalaman yang tidak reti ana nak zahirkan macam mana.
Pada ketika itu, memang ana rasa down betul. Ana minta padaNya, tenangkanlah hati ana. Tapi, ana tau, ana perlu mencari, melihat alam ciptaanNya, kerana hati ana sentiasa rasa terhibur melihat keriangan binatang2, deruan ombak, kebiruan langit, irama daun-daun bergerak bila ditiup angin. Sentiasa mengingatkan ana, setiap masa alam sedang bertasbih memujiNya, tapi ana ni yang dikurniakan aqal, x kan tidak mampu nak mendukung tanggungjwb yang diberikanNya..

Semalam mereka ke Great Ocean Road, hati ana teringin nak pergi. Tapi ana tidak diajak. Perlu ana lebihkan tetamu dari interstate, junior2.. lain kali akan ana ikhtiarkan untuk pergi sendiri. Yang pasti, Ana perlukan alam sekarang ini. Sepatutnya ana pergi philip island hari ini. Mula-mula x diajak, tetapi satu hr tu ada yang ajak, ana gembira. Namun selang beberapa hari, ana diberitahu ana tidak perlu pergi. Semalam ana diajak pergi, tetapi pagi ini, benda yang sama berlaku lagi, ana diberitahu ana x payah pergi. Ana tidak mengerti, apa maksudnya bila dikatana ana x payah pergi. Adakah bermaksud kenderaan sudah penuh, atau ana tidak layak untuk pergi.. atau apa..memang bila ana ditanya, ana akn cakap ana x tau, sebab ana x nak org judge ana bila ana kata ana setuju atau tak.
Tetapi, bila kali pertama dikatakan ana akan pergi, kemudian direject, kemudian di ajak lagi sekali, ana direject lagi, hati ana berkecamuk..
argghhh-ini semua bisikan syaitan durjana.
Ana tidak perlukan semua ini.
Esok ana akan ke Perth, berjumpa ahli keluarga yang disayangi.
Namun, ana cuak, sebab keluarga ana tidak suka ana di jalan ini. Mereka mangsa keadaan, mangsa ghazwatul fikri-serangan ideologi.
Dulu, bila ana masih banyak dalam jahiliyah tapi sedang berusaha meninggalakannya, mereka sudah pn tentang habis2san..sekarang bagaimana.
Ana admit, biarpun mungkin jahiliyah luaran sudah mampu ana tinggalkan, namun jahiliyyah dalaman sering timbul dan tenggelam.
Biarpun bibir mengucapkan 'xpe, x kesah', namun, di hati menjawab, 'haish,....ect'.. terpaksa ana pujuk hati ana agar sejajar dengan ungkapan ana...

Ana nak kereta. Tapi itu adalah material yang bukan ana perlukan, bak kater ustaz abdul halim, kereta bagi ana tidak perlu, x ada pun x per. Itu sekadar hajat je. ana nak keter bukan sebab ana jeles tengok mereka yang berkereta. Mereka beli kereta untuk digunakan di jalan da'wah.
Ana tahu diri ana, kalau ana ada kereta, nanti mesti susah ana nak lepaskan kat orang lain. Ana boleh sumbgkan kat jalan da'wah, tapi nak biarkan kereta tu kat orang lain, tanpa ana tahu apa yang sedang berlaku pada kereta amat sukar bagi ana. Itu lah kelemahan ana.
Sekarang pn, ana sedang cuba nak baiki kelemahan diri. Ana x suka shopping. Tapi kalau ana beli barang, ana akan beli barang-barang yang ana suka tapi unnecessary bagi ana. Lepas dh beli, baru ana sedar. Kemudian ana akan cuba hadiahkan kepada orang lain. Hari tu, pergi ikea, beli cushion landak. Ana suka sebab comel. Tapi ana tau, ia akan menyebabkan hati ana terikat pada material. Jadi ana nak hadiahkan kat org lain. tetapi, blum lagi ana lakukan sebab ana lupa nk beli complete set. Ana kena pergi beli dulu isi cushion tu. Karang menyusahkan pula tuan penerima kena beli isinya sendiri.
Berbalik kepada kereta, ana nak kan kereta sebab ana nak selalu ke pantai, laut. Ana suka mengembara. Kalau boleh, hari-hari ana nk duk tepi laut. Especially kat melb ni. Cuaca yg sejuk, best skali..tapi nk buat apa kereta selain itu. Dah ada basikal cukup la..

No comments: