24 May 2009

melihat dunia luar..
hati ini bagai ditusuk tajam..
telah terlalu banyak.. teramat banyak dosa dilakukan
biarpun ku sedar akan dipersoalkan di hari kebangkitkan..
tetapi ke mana kesungguhan diri untuk tidak melakukan dosa2 itu..
ya Allah... diri ini amat memerlukan petunjuk Mu..
bantulah diriku untuk perbaiki diri menjadi hamba abdiMu yang sebenarnya..
maafkanlah ya Allah..
ingin diri menjadi umpama bintang yang menyinarkan alam di kegelapan malam..
kan tapi, hati ini sarat dengan dosa, maksiat padaMu..
ampunkanlah ya Allah.. ampunkanlah..
diri ini lebih ingin melarikan diri dari akhwat sana..
biarpun aku tahu, katibah yang Engkau gerakkan hati mengorak langkah
ke sana, untuk mengingatkan aku kembali.. ukhuwah itu kekuatan umat mukmin selepas iman..
tetapi, ia lebih ingin menarik diri untuk jauh dari mereka..
tapi diri tidak mahu lari dari dakwah..
aku tidak mahu mereka kenal siapa aku
aku tidak mahu mereka ingat aku..
pasir yang membenam ini mencelarukan minda..
mengungkai akhlak mazmumah terhadap saudara2 ku..
telah aku seolah2 marah pada ahli usrah aku..
sedangkan bukan salah mereka atau akwhat lain.. semua salah aku
jikalau musáb dapat je yathrib untuk berdakwah kepada seluruh penduduk sana, kenapa aku ke MH tidak mampu lakukannya..?
sedangkan diri ini siap berteman kan saudara kasih ku..
dan tidak pula ku sedar.. semuanya penat akan turutan2 program sejak kelmarin hari..
dan itu juga sebenarnya dirasai oleh A_S.. tapi aku X SEDAR!!
kenapa aku expect setiap orang tu mampu untuk bertahan macam diri ini..
sedangkan mereka telah berkorban banyak untuk ummah, demi deen Ilahi..
tapi engkau, teramatlah sedikit yang telah engkau berikan..
mereka ikhlas.. dibandingkan dengan hatimu yang kotor..
ya Allah, teguhkanlah hati a_s di jalan haqMu.. tenangkanlah hatinya dalam menghadapi mehnah celaru dunia.. permudahkanlah dirinya dalam setiap langkah yang diatur..

aku perlu sangat2 menjarakkan diri dari mereka.. aku sayang mereka..
aku tidak mahu, kerana persoalan yang bercelaru dlm diri ini,
menjadikan mereka tempat aku melontarkan tombak, melukakan hati mereka..
mereka itu juga manusia.. dan mereka itu tabah menerima ujianMu.. tidak mereka mengeluh..
tapi engkau tidak!!

semalam usrah.. nqbh membuatkan diriku berjanji pada dakwah..
Ya Allah, janjiku pada tugasan ini hanya keranaMu.. bukan kerana mereka..
dan semalam juga,
sekali lagi, aku sedar, sekali lagi mereka ingin aku ceritakan apa yang telah aku lakukan minggu lepas..

untuk aku berterus terang kenapa aku lakukannya..
namun, ia bukan benda yang senang untuk aku ceritakan biarpun menerusi tulisan pada mereka..
hanya Engkau sahaja yang tahu apa membelenggu diriku ini..

No comments: