23 September 2009

hati ini..

hari ini sudah ke4 syawal..
semalam cuba dilalui setiap saat dengan mujahadah..
namun, ianya sia2..
setiap kali diri melihat pada kajangan kertas berselerakkan di atas meja..hati jadi tidak keruan..
diharapkan hari ini lebih baik dari semalam..
namun, harapan hanya menjadi awangan..
sekali lagi diri pilu..diri sedih..

mulanya ingin sekali menarik diri dari taklifan yang berat...
namun diri tahu, semua pun sibuk dengan urusan lain..
dan tugas seorang muslim itu adalah untuk memudahkan urusan orang lain..
lalu diteruskan juga untuk meneruskan tugasan itu..
tapi, hanya segelintir yang memberi kerjasama...
yang lain.. ntahlah..
memandang ianya tugasan yang ringan, senang..
ya, ia akan senang jika ramai yang membantu..
tapi bila mana pertolngan dipinta, dipersoalkan pula..
ada juga yang bertanya akan progress tugasan, ingatkan ambil berat la juga..
bila dikatakan agak mencabar kerana kurang tenaga kerja,
respon diberi dengan mengatakan..'bukannya byk pun, 4## jer..
' memang 4 jer.. tapi setiap 1 kena buat berulang kali..
dan bukan boleh sekali buat, terus sambung, perlu pembersihan..
banyak kerja diperlukan..yang menolong diri ini pada pagi-->petang itu adalah seorang yg benar2 sabar..diri sangat menghargainya..
tidak mengeluh, tidak banyak soal..
sebaliknya, senyuman dan bantuan dihulur tanpa perlu dipinta..
jzklh khyr ukht..
dan juga pada adik2 tersyg.. yg menolong dan menceriakan suasana..


ntah la..maafkan diriku ya Rabb..
adakah diri ini tidak ikhlas dalam amal ini..
diriku peringatkan orang lain supaya ikhlas, tapi diri ini pula yang sebaliknya...
maafkan hambaMu ini Ya Rahman.. Ya Raheem..
bantulah diri ini tetap teguh dalam mencari redhaMu..
kuatlah hati...tidak perlu lagi engkau pada sesiapa di muka bumi ini..tiada lagi yang peduli padaMu..
biarkan mereka jika mereka memandang rendah padamu..
tetapkan diri agar setiap langkah, setiap perilaku mu itu ikhlas kerana cintamu pada Rabbmu Yang Agung..
kini engkau ketahui, siapa yang benar2 ikhlas dalam ikatan ukhuwah..
dan siapa yang hanya kerana perlukan sesuatu darimu..biarkan.. lepaskan..letakkan segala ketentuan padaNya..
tawakaltullah..
itu yang lebih bermakna..

No comments: