19 September 2009

Ramadhan..

kehadiranmu, menjadi penantian ku dari awal waktu.. sejak engkau berlalu pergi meninggalkan diriku setahun dahulu..

telah ku gariskan dalam angan2 di minda, bagaimana diri akan menyambut kehadiranmu saat engkau tiba..

namun,
angan2 hanya menjadi angan2..
assignment, kerja, test, quiz.. semua datang pergi bersilih ganti...
telah diri berusaha untuk menjadikan diri ini masih mampu memuatkan diri dalam waktu hadirmu..
akan tetapi.. diriku sedih, kerana tidak mampu untuk menggapai curahan rahmat Allah di bawah naunganmu....

tadi pagi diriku bersama rakan2 berqiyam di icv..
malam sebelumnya, pertama kali diri dapat tidur lena..rehat sebenarnya..
bukan kerana gembira pada pemergian mu, tapi kerana tiada lagi urusan uni yang di kepala, walaupun kerjanya belum lagi berakhir..

qiyam ku di icv, saat mendengar bacaan kalamullah imam, hati ini meruntun..
menyesal.. mengapa tidak pernah diri berusaha untuk beriktikaf di masjid..

dalam sedang berdiri solat itu juga, diri ini tertanya, imam tidak mahu membacakan surat alqiyamah dan al-insan ker..
sungguh, Allah itu maha mendengar luahan hati hambaNya..
rakaat seterusnya, imam itu terus baca kedua2 surah ini..
dan saat itu juga lah air mata mengalir kerana ini menjadi bukti bahawa Allah itu ada.. Allah itu dekat...
Allah mendengar permintaan para hambaNya, regardless disuarakan mahupun di dalam hati..
ya Rabb..
maafkan diriku kerana selama ini merahui akan dekatnya Mu pada diriku..
imam itu juga membaca doa di dalam solat witir..
satu doa pengharapan yang panjang..
minta dijauhkan dari azab neraka.. minta Allah mengampuni segala dosa2 kami di dunia..
minta membantu saudara2 di palestine, afganistan dll..
dan banyak lagi.
diri tekad untuk belajar arab... kerana diri ingin tahu apa yang dibaca oleh imam2..
apa yang ada dalam recitation kalamullah..
sisters yg memahami bahasa arab, sedih mendengar rintihan imam..

No comments: