22 November 2009


di satu senja..

kami duduk di tebing.. air laut sedang pasang..

ada kalanya percikan air laut membasahi muka..

80% dari masa, kami hanya memerhatikan air laut dan ke arah matahari..

bilakah kan ia terbenam..

di dalam kesejukkan.. aku tidak kisah.. tapi dirinya mungkin tidak tahan..

dalam itu.. ada juga aku mengarut..

dan ada juga aku bertnya..


pasal air laut.. pasal burung.. jwpn yg diberikan, mmg bukan jwpn org yg dlm trbyh akn berikan, tapi mnarik jwpnnya.. aku tersenyum..

dan ada satu ketika itu, aku bertanya..

antara ayah dan ibu, siapa yang lebih banyak memberi.. dan  ia menjawab ayah..lalu tersenyum


aku bertnya.. rasa2 kenapa ayah memberi lebih banyak..

aku kira, jika mnjwb sbb ayahya lebih banyak duit, aku x tau mahu berkata apa lepas itu..

tapi, ia menjwb, kerana ayahnya lebih mengasihi dirinya..

aku mengiyakan jwpnnya.. kasih sayang itu akan membuatkan ayah sanggup memberinya apa sahaja yg diminta..


lalu aku bertny, antara ayahnya dan Allah, siapa yg dirinya rasa lebih byk memberi..
dan ia diam seketika..

huhu..

aku x nak push over the limit..

tapi ia menjwb juga, tentulah Dia memberi lebih byk..

ya adikku, Allah sgt mengasihi dirimu.. andai tiada kasih Allah padamu, tidak mungkin Dia menjagamu setiap detik, setiap waktu..

tapi aku tidak berkata seperti itu.. ntah.. ntah ..ntah..


aku hnya kata, Allah itu sgt syg kt ### sbb tu Dia memberi lebih byk dari ayah.. kan..?
aku kemudian tny, adakah dirinya syg Allah..  dan itu satu persoalan yg tidak ku dapat jwpn.. aku harap ia kan mampu untuk menjadi satu persoalan di dalam hatinya, mindanya..
kerana aku tahu, jika ia mengasihi seseorang, ia akan sanggup buat apa sahaja untuk orang itu.. ia kasih pada abangnya, biarpun abangnya tidak peduli padanya, tapi ia sanggup menghabiskan wang untuk membeli hadiah buat abangnya itu..
ia sanggup keluar masuk rumah berpuluh kali semalam, kerana ibu meminta beli barang dia belikan dan kemudian pulang, tapi kemudian, ayah pula memesan, ia keluar kembali, ia keluar balik.. jauh berjalan.. dan berjalan sorang diri

ya Allah, janganlah Engkau berhenti dari mengetuk pintu hatinya.. bukakanlah hatinya untuk menerima hidayahMu dan kembali padaMu..

No comments: