30 December 2009

mhs_m

kadang kala..
bila hati sudah mula taksub untuk menulis..
perlu muhasabah diri kembali..
adakah setiap coretan itu sebagai satu peringatan buat diri..
ataupun kerana merasakan perlu menarik lebih ramai pembaca mengunjungi laman yang diwartakan..
kerana bisa jadi, mungkin isi yang ditulis itu ada manfaatnya, namun kerana hati yang hadir dalam menulisnya itu membawa satu niat yang salah..
maka, pembaca akan hanya membacanya hanya kerana suka.. dan bukan untuk mengambil iktibar, or manfaat dari bahan bacaannya..
dan dari situ..

siapa yang harus dipersalahkan..

penulis atau pembaca..?

refleksikan dirimu penulis..

semoga tiap detik dalam amalan lillahi taa'la sentiasa..

No comments: