05 June 2010

perlukah aku terus berdiri..

Hari ini masih lagi aku berdiri..
bardiri di atas tanah naungan..
oleh langit luas yang masih teguh untuk berdiri..
sekalipun masa sudah sekian lama memakan usia..


tapi aku pula..bagaimana..?
biarpun kaki ini masih mampu berpaksi..
tapi apakah ia akan tetap gagah untuk bersaksi..?
kerna awan yang bercorak sudah mula berkepul..
langit yang cerah semakin bersuram gulam..


kapal yang dilayarkan dengan megah..
kini dirasakan air sudah mula membanjiri..
apakah bisa ia untuk meneruskan pelayaran..
hingga ke akhir tujuan..


ataupun..


ia sudah perlu terima hakikat..
akan ia tenggelam bersama seribu harapan..
yang pernah menjadi mutiara dalam hidupnya..
dan harapan itu kini tinggal angan-angan..
terbang disisir angin rumbi kehidupan..


maka.. perlu aku menjawab dengan jujur pada diri
apa aku masih mahu terus berdiri..?
atau aku sudah mahu berhenti dan bersandar pada paungan di sisi..


-peNofF-

No comments: