30 August 2010

Dalam keheningan malam syahdu..
Berdirinya puluhan ribu insan mengitari ...
Setiap jantung berdebar menantikan saat ia tuk berlaku..
Kerna lamanya dirindukan terungkainya dari satu belenggu..
Dan kini, sudah suluh ia suatu yang pasti, hadiah dari ya Rabb, Ilahi..
Berdetiknya jarum ke angka 12, serihan laungan bergema di ruang angkasa..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan dijerih setiap insan di Tanah bumi Malaya..
Akhirnya diri bebas dari cerukan penjajah..
Mampu bergerak tanpa perlu kitar pada serpihan ledakan peluru yang lalu..
Itu yang dirasa oleh setiap yang berada pada saat, ketika itu..
31 Ogos tahun 1957..
satu tarikh yang sentiasa di hati..


Namun itu dulu..

Setelah 53 tahun dilaungkan kemerdekaan dengan megah..
Ia hanya mampu tinggal memori, kenangan warisan sejarah..

Dan Tanah bumi Malaya kini sudah bergelar Malaysia..

Adakah kita Merdeka..?
Jika dulu, iya kita merdeka dari jajahan tanah air tercinta..

Adakah kita Merdeka..?
Iya, dulu kita merdeka meneruskan perjuangan ad-deen di nusantara..

Dahulunya bila disekat, dijajah badan dari bebas bersuara..
Warisan dulu kita sedar dan tinggi keinginan untuk dilontar jauh jajahan musuh

Tapi kini, kembalinya jajahan itu pada diri kita..
bukan lagi pada tubuh, tiada lagi yang dirusuh..

Kini kita sudah kembali pada genggaman mereka yang dahulunya kita cemuh..
Jiwa kita dicengkam tanpa sedar..
Minda disulam buta oleh jajahan dunia..

Maka, Apakah mampu kita kini menyorak merdeka?

Pada malam ini, tanggal 31 Ogos 2010, tepat jam 12 mlm, akan bergumandang laungan merdeka..
Pada malam di bulan barakah Ilahi, Ramadhan al-Mubarak yang kita diberi peluang untuk bersua kembali..
Namun, apakah sorakkan, jeritan merdeka kita itu selari dengan Rahmat di bulan Ramadhan ini..
Jika direnung kembali, Ramadhan adalah titik permulaan umat islam memerangi musuh dalam Badr bagi menegakkan yang haq..
Seandainya kita rasakan merdeka kita setanding merdeka mereka tatkala itu..
maka, perlu kita tanya pada diri..
Apakah merdeka ini kita mampu nyatakan diri bebas dari kebatilan..
Minda kita bebas dari pengaruh yang batil..
Jiwa kita bersih dari coretan arang2 dosa..

Satu refleksi buat diri yang melaungkan merdeka buat tanah air yang tercinta..

No comments: