22 July 2012

setiap tahun, masuk bulan ramadhan.. aku pasti akan alami perkara yang sama..

apabila masuk kepada waktu2 berbuka.. aku pasti akan sakit kepala..

dan ia memang sangat sakit.. hendak kata disebabkan aku berpuasa pada pagi hari, kalau ikutkan, aku pernah juga puasa2 pada hari di luar bulan ramadhan..

ntahlah.. aku boleh sahaja kalau sakit kepada tika berbuka.. yang aku sedih, sakitnya bertambah ketika hendak solat.. lebih2 lagi hendak solat tarawikh..

pada tahun2 sebelumnya, aku boleh juga ke masjid untuk tunaikan solat tarawikh di sana.. tapi sejak tahun lepas, aku tak berani nk ke masjid, disebabkan sakit kepala aku ni..

nak kata ini helah shaitan, bulan ramadhan, shaitan dah ikat, dibelenggu.. supaya tak dapat nak menganggu umat islam ketika puasa..

kalau difikir2kan balik, aku pernah mengalami sakit kepala ketika sujud di sekolah dahulu, semasa di tingkatan 2,3.. kira 13,14 tahun dahulu.. tapi itu aku hanya abaikan..

tapi kini, aku tahu, penyakit aku itulah yang mungkin penyebabnya..

walahuálam.. aku kini, hanya mampu solat dirumah sahaja masa bulan ramdhan ini.

hanya harap, Allah menerima akan amalku seadanya..